So, tanpa disedari tamat sudahlah zaman bersuka ria berfoya-foya di rumah selama 3 bulan. Kalau orang lain 6 bulan, aku separuh je. Tapi redha. At least tak de la berat aku naik dua kali ganda. Tapi kehitaman itu masih ada. Lambang patriotisme, kan wirawati sekalian??
Kalau takde aral melintang, Insya-Allah aku bakal jadi student UiTM effective 2nd June 2012. Based on other people's experience; e.g. anak kawan mak, adik kawan kakak, etc. Puncak Alam is not bad sebab newly build. Tapi semua orang dok complaint pasal tangga maut/tangga batu cave which will be the main connector daripada rumah kau nak pegi mana-mana. Oh tidak! Mampukah aku survive dengan tangga sebegini banyak? Haha. Apa lagi kawan-kawan? Mari mencabar diri. Buat macam kat PLKN dulu, timbang berat before, compare ngan after. Confirm turun punya laaaa.
So sekarang ni semua orang tengah busy ngan segala macam preparation. Print segala borang, mintak sign sape-sape ntah nk jd penjamin la, saksi la. Tu belum masuk bab medical check-up lagi. Boleh tak mintak kat nurse tu tak nak timbang berat? Ambik tinggi cukup la. Boleh laaa.. Pleasee~~ Semenjak dduk rumah ni tak pernah lagi aku naik penimbang, except masa kat Kuantan hari tu. Tapi timbang tu macam tak boleh pakai je. Kitorang semua buat conclusion, scale dia ada zero error yang sangat kritikal. Dah tu berat semua orang ditambah 10kg. Tak tau la kot pakai pound pulak. Nak beli segala macam barang keperluan lagi. Alaa.. Macam mula-mula masuk asrama dulu la. Semua benda nak kena beli. Tak tau la berapa ribu duit mak bapak kita kena keluarkan sbb nak support anak-anak yang semakin meningkat dewasa ni. Haha.
Oh, and sekarang kita kan dah free from all those lame thing called uniform, maka kita boleh la menjadi fashionista. Mesti ramai dah start fikir, nanti nak lilit tudung macam mana?
Adakah begini?
Atau begini?
Dan dah tentu ramai jugak yang fikir nanti nak pakai apa? Cukupkah kalau setakat bawak bekalan jeans dan t-shirt? Atau nak lagi skema, macam yang mak aku suruh, blouse? Baju kurung itu sudah mesti ada, kita kan semua nak jadi gadis ayu? Ingatkan kalau dah takde uniform senang, rupanya lagi susah. Semua orang dah nak start carik identiti sendiri, nak jadi unique in their own way. Tak mustahil nanti ada yang pakai stok-stok model pakai atas runway je.
Contohnya?
![]() |
| Okay. Ni over la. Tak pernah lagi aku jumpa LIVE orang pakai mcm ni. Tapi u get what I mean kan? |
Anyhow, yang penting sekarang set niat kasi betul-betul murni nak masuk U nnt. Bukan nak cari jodoh dan bukan juga nak cari gaduh. Tak payah nak fikir sangat pasal benda-benda yang tak penting. Ingat masuk U dah boleh chillax ke? Ni baru first step. Kalau first step lagi dah hancur, macam mana nak proceed? Macam mana nak jadi doktor kalau pointer pun setakat cukup-cukup makan je? Ni kes aku la. Korang-korang yang nak jadi engineer, architect, etc. pun sama jugak. Oleh itu mari kita berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik! Hohoho. Bear in mind, kita nak cari ilmu, and lagi best kalau niat tu semata-mata kerana Allah. Macam ni :
Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu, bergantung pada niat. Dan setiap sesuatu pekerjaan itu apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang berhijrah semata mata taat kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu diterima oleh Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya itu terhenti pada apa yang ia niat hijrah kepadanya”.
See? Ni bukan aku kata, tapi Nabi Muhammad kata.
P/S : Just wanna wish you guys all the best in life! Selamat melanjutkan pelajaran wahai rakan-rakan sekalian. Nanti bila-bila ada masa kita buat reunion, nak tengok sikit jadi orang ke jadi siamang :)





No comments:
Post a Comment