Live Life, Love Life :)

http://data.whicdn.com/images/26254008/tumblr_m1bgj2UA2A1qf0nldo1_500_large.jpg

Sunday, 27 May 2012

Bosan mak aih~~

So, kalau nak ikutkan aku tinggal 5 hari je lagi  nak golek-golek atas katil, nak bangun lambat, nak online 24/7. Yes, this Saturday is D-day! Mari menyerang Puncak Alam wahai rakan-rakan sekalian. Mixed feelings la sekarang. Excited pun ada, reluctant laaagiii ada. Dah la semua orang macam dah ada click masing-masing. Aku cukup tak berkenan la. Chill la dulu. Kita kenal sama-sama kat sana nanti la. Baru la betul ice-breaking. Ni belum pape lagi dah nampak riak-riak assabiah. Tak baik wooo..

Barang dah 70% complete. Yang mana ada dah siap-siap masuk beg. Tak thrill langsung! Dah 2 tahun buat benda sama. Bilik baru je kemas pagi tadi, by now dah bersepah balik. Mengemas is not a fun thing to do! Penat kot. So aku mengamalkan konsep tak payah bawak keluar macam-macam benda, maka kau tak perlu nak kemas macam-macam. Sape pernah tengok Phil of the Future kat Disney Channel dulu? Ingat tak adik dia, Phim? Barang dia semua dalam kotak, sebab nanti senang kalau nak pindah merata. Haha. Aku macam tu la. Baru hari ni bukak balik luggage maktab dulu. Takde keperluan untuk aku kemas beg tu sebelum ni. =)

Oh btw, just finished watching The King 2 Hearts. woot woot!! Hihi. Sape lagi tengok?? Best kannn??
woot woot~ hotsetap semua, except for the stupid Bong Gu that ruins everything!!
Watched the last episode at 3 in the morning, cried A BUCKET of tears! Epic betul storyline dia. Ingat boleh senang-senang je ke to have a fairytale-like ending, "and they lived happily ever after.."? 
Bila cerita Malaysia nak jadi best macam ni? Ke memang tak kan? Kamon la Malaysia! Buat drama camni is better instead of the jiwang-jiwang and bajet cute type. Geli tahu?! 

So I am now run out of things to watch, maka tahap kebosanan dah naik melampau, tapi tak sampai tahap bosan masa kat PLKN dulu. Itu tahap kebosanan paling seksa pernah aku rasa. Sumpah tak tau nak buat apa lagi dah. Tapi aku kena utilise masa yang ada ni sebaik-baiknya. Any suggestion of what to do to escape this boredom??? 

Saturday, 26 May 2012

Random

Once upon a time, my daddy and I went to the Klinik Kesihatan for medical check-up. Private clinics are sooo pricey, therefore we go to government's, save budget banyak wooo. Kalau swasta mau la dekat RM100 jugak, kalau government 20 hengget je. See?? Kita kena mengamalkan perbelanjaan bijak. Okay. Dah lari topik. 

Actually aku nak share yang aku gain something from this. I realized that people working in this sector sangat-sangat la perlu mesra pelanggan. Macam M.O. yang on duty masa tu. Hoho. Sangat-sangat la berterima kasih kerana abang itu sangat mesra alam, sekaligus membantu mengurangkan ke'nervous'an aku. Aku sangat la tak suka pegi check-up kejadah ni. Tak tau la kenapa. Rasa macam nanti tetiba akan didiagnos dengan pelbagai penyakit berbahaya. Masa check-up untuk PLKN dulu memang tak ter'cover' betapa nervous nya aku. Blood pressure jadi tinggi gilaa, siap kena tanya lagi "Kamu ni ada darah tinggi ke?" Kan dah penat M.O. tu nak kena check dua kali. Kena kasi aku bertenang dulu. Lagi satu problem is the nurses. Kadang-kadang diorang ni lagi over from doctors. Patient asyik kena marah je. Sebab tu budak-budak takut nak pegi hospital. This seriously has to change. Tak baik woo marah-marah. Orang tu dah la sakit, memang la dia buat perangai. Cuba kalau kau sendiri sakit, orang marah. Tak ke rasa nak cepuk je kepala orang tu? 

Kesimpulannya kat sini, kau dah kerja kat department yang perlu kan kau deal ngan perangai orang yang segala bagai, maka jalankanlah tugas anda sebaiknya. Amanah kot. Kena soal kat akhirat nanti kau nak jawab apa? 

Thursday, 17 May 2012

Dengan ini, aku sahkan bahawa...

MARA telah reject aku dengan official nya.. Heart broken la jugak, but like I said, Allah knows best. Memang tak pernah terfikir pun nak pegi middle east sebenarnya, and the decision to apply for Jordan pun last minute gila. Dah la gatal mintak dentistry, padahal tak pernah bercita-cita ke arah itu. So, aku redha and to be honest, sekarang ni no feeling at all. UiTM  it is then! Tapi parents aku macam tak nak berputus asa, suruh buat rayuan. Kalau ikut aku memang malas dah. Cukup la dia reject aku sekali, tak perlu nak ulang lagi.

Eh, betul apa, nanti burn la yuran dia. Aku cakap la, "Tak payah la. Nanti membazir je bayar yuran tu". Tapi diorang cakap, "Apa pulak membazir? Ni sebab nak belajar, kira investment la. Membazir tu macam nak BELI GITAR, etc". Pffttt!! Gitar itu tidak membazir ye. Menambah ilmu dan skill. Oh, btw kakak aku dah beli sebijik rupanya, tapi dia beli classical yang based on my readings kata bunyi tak best. Tapi at least dia dah ada. Aku?? Bila nak dapat niii?? Kalau dalam list keperluan aku sekarang, ni kira on the top of the list. Mengatasi laptop, mahupun baju-baju yang bakal dibawa ke UiTM. See the wishlist kat sebelah?? I'm DESPERATE!!

Wednesday, 16 May 2012

Uni Life

Ketika entry ini ditulis, hati ini sedang berdebar-debar tunggu result MARA yang rumored to be out on the 17th, which is tomorrow! Even though I don't put my hopes too high, the anticipation is still there. Who wouldn't want to go overseas kan? Anyhow, I have to accept whatever result yang akan keluar, because I truly believe that Allah knows best. Local pun okay apaaaa. Lagi-lagi kat Puncak Alam (PALAM) bersama-sama rakan Sovereign yang dikasihi. Haha.

So, tanpa disedari tamat sudahlah zaman bersuka ria berfoya-foya di rumah selama 3 bulan. Kalau orang lain 6 bulan, aku separuh je. Tapi redha. At least tak de la berat aku naik dua kali ganda. Tapi kehitaman itu masih ada. Lambang patriotisme, kan wirawati sekalian?? Pffttt!!


Kalau takde aral melintang, Insya-Allah aku bakal jadi student UiTM effective 2nd June 2012. Based on other people's experience; e.g. anak kawan mak, adik kawan kakak, etc. Puncak Alam is not bad sebab newly build. Tapi semua orang dok complaint pasal tangga maut/tangga batu cave which will be the main connector daripada rumah kau nak pegi mana-mana. Oh tidak! Mampukah aku survive dengan tangga sebegini banyak? Haha. Apa lagi kawan-kawan? Mari mencabar diri. Buat macam kat PLKN dulu, timbang berat before, compare ngan after. Confirm turun punya laaaa. 

So sekarang ni semua orang tengah busy ngan segala macam preparation. Print segala borang, mintak sign sape-sape ntah nk jd penjamin la, saksi la. Tu belum masuk bab medical check-up lagi. Boleh tak mintak kat nurse tu tak nak timbang berat? Ambik tinggi cukup la. Boleh laaa.. Pleasee~~ Semenjak dduk rumah ni tak pernah lagi aku naik penimbang, except masa kat Kuantan hari tu. Tapi timbang tu macam tak boleh pakai je. Kitorang semua buat conclusion, scale dia ada zero error yang sangat kritikal. Dah tu berat semua orang ditambah 10kg. Tak tau la kot pakai pound pulak. Nak beli segala macam barang keperluan lagi. Alaa.. Macam mula-mula masuk asrama dulu la. Semua benda nak kena beli. Tak tau la berapa ribu duit mak bapak kita kena keluarkan sbb nak support anak-anak yang semakin meningkat dewasa ni. Haha.

Oh, and sekarang kita kan dah free from all those lame thing called uniform, maka kita boleh la menjadi fashionista. Mesti ramai dah start fikir, nanti nak lilit tudung macam mana? 

Adakah begini?


Atau begini?

Dan dah tentu ramai jugak yang fikir nanti nak pakai apa? Cukupkah kalau setakat bawak bekalan jeans dan t-shirt? Atau nak lagi skema, macam yang mak aku suruh, blouse? Baju kurung itu sudah mesti ada, kita kan semua nak jadi gadis ayu? Ingatkan kalau dah takde uniform senang, rupanya lagi susah. Semua orang dah nak start carik identiti sendiri, nak jadi unique in their own way. Tak mustahil nanti ada yang pakai stok-stok model pakai atas runway je.

Contohnya?

Okay. Ni over la. Tak pernah lagi aku jumpa LIVE orang pakai mcm ni. Tapi u get what I mean kan?
Anyhow, yang penting sekarang set niat kasi betul-betul murni nak masuk U nnt. Bukan nak cari jodoh dan bukan juga nak cari gaduh. Tak payah nak fikir sangat pasal benda-benda yang tak penting. Ingat masuk U dah boleh chillax ke? Ni baru first step. Kalau first step lagi dah hancur, macam mana nak proceed? Macam mana nak jadi doktor kalau pointer pun setakat cukup-cukup makan je? Ni kes aku la. Korang-korang yang nak jadi engineer, architect, etc. pun sama jugak. Oleh itu mari kita berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik! Hohoho. Bear in mind, kita nak cari ilmu, and lagi best kalau niat tu semata-mata kerana Allah. Macam ni :

Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu, bergantung pada niat. Dan setiap sesuatu pekerjaan itu apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang berhijrah semata mata taat kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu diterima oleh Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya itu terhenti pada apa yang ia niat hijrah kepadanya”.

See? Ni bukan aku kata, tapi Nabi Muhammad kata. 

P/S : Just wanna wish you guys all the best in life! Selamat melanjutkan pelajaran wahai rakan-rakan sekalian. Nanti bila-bila ada masa kita buat reunion, nak tengok sikit jadi orang ke jadi siamang :)

DESIRE!!

Ngaaa!! Craving can be soooo stressful at times. Especially when you know you can get what you want, but there is somewhat something or someone stopping you. Macam situation sekarang la. I know I CAN get the Yamaha F310 idaman kalbu itu, namun atas kata-kata mak aku yang berbunyi begini "Nak gitar? Buat apa? Takde keperluan nak beli benda2 cenggitu", maka niat tersebut terbantut sampai sekarang. Padahal plan awal nak beli time keluar PLKN hari tu, at least ada la dalam 2 bulan untuk belajar segala jadah chord dia. Ni dah tinggal bape minggu je lagi nak masuk U, lagi laaa mak aku bagi macam-macam alasan. Tapi sumpah aku NAK!! Tension betul bila nampak orang main gitar, tapi diri sendiri tak reti-reti lagi sampai sekarang. Aku rasa dah sampai tahap kronik sebab aku selalu melilau pegi website gitar, pastu kecewa. Nak jadi macam IU!! Tolong la paham.. Nak 50-50 ngan kakak aku, beliau tak tahu bila pulangnya. Nampak gaya macam nak berfoya-foya sampai hujung bulan je. Dah kalau macam tu bila pulak aku nak belajar nye? Hadoiyaiii... Aku dah bape kali dah cakap ngan parents aku, tapi diorg buat gaya macam aku buat lawak je. Tak, OKAY! Ini SERIUS! Setelah disurvey di merata-rata tempat, average price is between 360-450. Kira okay la kann?? Yamaha kot! Any cheaper, than there is no difference la dengan those kapok ones yang dengar-dengar khabar nye menyusahkan lagi beginners. Kira okay la kan aku nak gitar, cuba kalau aku mintak drum set ke, piano ke.. Lagi haru! So ibu, abah, tolong la paham keinginan anakmu ini.. Haha.. AKU DESPERATE!! SUMPAH TAK TIPU!!

Monday, 14 May 2012

Changes

Banyak benda aku rasa nak share hari ni. So aku pilih the most recent la ye, supaya senang idea dalam kepala nak dicurahkan.

Baru je lepas baca blog childhood friend aku ni. Aku jealous bila baca post dia. Daripada previous blog dia lagi. I envy her writing talent. She can easily wrote poetry and stuff, one that most people can relate to. But referring to her newest post, aku rasa bangga pulak tengok kawan-kawan aku ramai dah berubah. In a good way, of course. No more post about puppy love, more towards a better tomorrow. Dah macam iklan pulak bunyi, tapi serius. Makin ramai orang berdakwah through blogs. And I really think that this is a good change. Instead of posting stuff yang lagha, why not we share stuff yang beneficial kan? At least saham pahala tu bertambah jugak bila orang bukak blog kan?

Oh, and by the way, just nak mention kat sini. Aku cukup tak berkenan bila bukak blog orang, keluar lagu yang memecah kesunyian malam, get what I mean? Bising tahu? Tapi, oleh kerana kita hidup kat Malaysia tercinta yang menghormati kebebasan individu, so aku pun hormat la korang punya kreativiti nak memeriahkan blog korang kan.
What harm does it cost if kita semua pakat ramai-ramai letak lagu yang berfaedah, instead of the head-banging, tak pun potential break-up song yang kalau orang tengah patah hati dengar pun rasa nak bunuh diri, or lagu Korea yang intro je pun dah mampu membuat orang lemah jantung? I'm not gonna deny that I'm a kipassusahmati K-pop jugak, tapi tak perlu la sampai nak letak kat blog. Ini dah la lagu pun K-pop, every post pun nak selit K-pop jugak. Come on la. We got it already. Kau minat K-pop kan?
Kesimpulannya, kita boleh je letak zikir as the soundtrack of the blog, tapi make sure la blog kau tu tak letak kata carutan. Tak kena pulak la kalau lagu dah cantekkk, skali 90% of content blog kau semua maki-maki orang.
Tepuk dada, tanyalah selera. Mbahahaha. Lawak pulak rasanya guna peribahasa sejak-sejak dah habis sekolah ni.